Showing posts with label Info Sukan. Show all posts
Showing posts with label Info Sukan. Show all posts

Monday, June 9, 2014

Zaquan Adha Bermain Cinta Di WeChat?

Teknologi kalau digunakan dengan betul banyak faedahnya — contohnya laman web kami yang serba canggih ini, menjadi penyebar kisah selebriti untuk umpatan anda semua. AHAHAHA!

Seorang peminat mengirimkan sepucuk e-mail kepada kami hujung minggu lalu mendedahkan perilaku seorang pemain bola sepak terkenal yang juga merupakan suami kepada seorang artis atau selebriti yang agak terkenal juga.

Melalui susur masa Moments di WeChat, seorang gadis yang tidak dikenali namanya telah tanpa segan silu memuat naik beberapa keping screenshot yang menunjukkan dirinya sedang bersembang dengan Zaquan Adha.
Menurut sumber yang memaklumkan, gadis tersebut merupakan salah seorang gadis sorak atau penyeri (mascot? cheerleader?) untuk pasukan Johor Darul Takzim (JDT).

Tidak pasti sejauh mana hubungan gadis ini dengan Zaquan Adha namun boleh dilihat walaupun sudah bergelar suami, lelaki tetap menjadi lelaki. Heh.

Read more…

Monday, May 26, 2014

Piala Thomas : Kekalahan Malaysia di Sebalik Remaja Melayu Ini

Kejayaan Jepun memenangi Piala Thomas membuktikan semangat mereka bukan lagi boleh dipandang enteng.

Kita seolah-olah melihat semangat rakyat mereka yang terkenal dengan disiplin yang tinggi.

Semangat yang samalah membuatkan Jepun berjaya membina semula Nagasaki dan Hiroshima selepas dibom pada Perang Dunia Kedua.

Bermula daripada pasukan pemanas badan di pentas kejohanan badminton berprestij pada dekad dahulu, semalam mereka membuktikan semangat Kamikaze masih belum luput dalam diri mereka.

Menundukkan gergasi sukan badminton seperti China, Indonesia dan Malaysia semalam menjadikan negara matahari terbit itu sudah berada dalam senarai negara-negara pemenang Piala Thomas.

Kita sudah terima hakikat Malaysia tidak sehebat Jepun kali ini namun berpuas hati dengan semangat juang pasukan negara termasuk penampilan akhir datuk Lee Chong Wei dalam pentas antarabangsa itu.

Bagaimanapun, tahukah kita siapa disebalik kejayaan pasukan Jepun?

Selain ketua jurulatihnya, Park Joo Bong – bekas pemain kebangsaan Korea dan pernah melatih pasukan badminton Malaysia – ada seorang lagi yang memberi sumbangan melatih pasukan Jepun iaitu Izuan Ibrahim.

Apa yang menarik, Izuan merupakan seorang rakyat Malaysia berusia 30 tahun dan pernah menjadi jurulatih Nusa Mahsuri di bawah kelolaan Datuk Misbun Sidek.

Izuan dikatakan pernah melatih dan menggilap bakat Kento Momota dan beberapa pemain-pemain negara berkenaan.

Syabas Izuan! Kemenangan Jepun memberi nilai sentimental kepada beliau walaupun mungkin kecewa apabila Malaysia sendiri gagal dan kempunan merampas kejuaraan Piala Thomas sejak kali terakhir pada tahun 1992.

-MalaysiaGazette

Read more…