Monday, December 8, 2014

Astro Gegar Vaganza: Apa Sudah Jadi?


KUALA LUMPUR, 7 Dis : Rancangan Astro Gegar Vaganza pada minggu ini cukup mengecewakan para peminat apabila mereka menampilkan artis yang bertudung dengan pakaian yang agak tidak bersesuaian dengan personaliti seorang Islam.
Adakah tema mereka minggu ini iaitu “ada berani” telah “menghalalkan” penampilan yang menjatuhkan maruah seorang wanita Islam. Pakaian ala “mini skirt” walaupun dilapik dengan “seluar ketat” yang menampakkan bentuk kaki dengan cukup jelas ini telah menimbulkan kontroversi dan komen-komen yang agak negatif dari para penonton. Seharusnya Astro lebih sensitif memandangkan para penyanyi veteran ini turut menjadi idola kepada banyak generasi.
Sebelum ini pakaian “jilboob” telah diistiharkan haram apabila wanita bertudung mengenakan baju yang ketat sehingga menampakkan bentuk buah dada. Kini fesyen “mini skirt” pula seolah-olah cuba di perkenalkan pula oleh pihak Astro. Buat pengetahuan anda, sememangnya Astro telah beberapa kali menimbulkan kontroversi termasuk telah menaikkan harga langganan Astro walaupun kita tahu bahawa mereka telah mengaut keuntungan yang amat besar.





0 comments:

Post a Comment