Tuesday, December 2, 2014

Victoria Secret “Panas” Di London


2 Disember 2014, pertunjukan Victoria Secret akan diadakan di London, United Kingdom untuk kali yang pertama. Dunia akan dapat melihat antara gadis yang tercantik dari seluruh dunia. Mereka ini dikenali sebagai Victoria Secrets’ Angels akan pamerkan pakaian dalam terbaru oleh jenama tersebut.
Ianya sah bahawa model-model ini mempunyai bentuk badan yang begitu hebat sekali. Apakah rahsia mereka?
Sebagai model Victoria’s Secret, Isabeli Fontana dari Brazil bertekad untuk kelihatan seperti ‘bombshell’ pada hari ini dengan melakukan beberapa jenis senaman.
Fontana berkata “Saya membuat beberapa jenis senaman termasuk lari untuk 20 minit dan angkat berat. Saya pergi ke gimnasium dan melakukan semua senaman ini dengan sendiri kerana saya bencikan rutin’’. Dia juga katakan bahawa diet makanan juga amat penting. Fontana pastikan dia makan setiap tiga jam dalam jumlah yang kecil.
Dalam majalah Lucky magazine, Miranda Kerr berkata walaupun untuk 10 minit, dia pastikan dirinya bersenam dengan melakukan yoga. Manakala Adriana Lima adalah seorang yang betul-betul gemarkan aktiviti tinju kerana dia rasakan ia sesuai dengan personalitinya. Lima juga gemar lakukan aktiviti yoga.

0 comments:

Post a Comment