Monday, December 8, 2014

Batang Apa Yang Seronok Dipegang Sekarang?


Batang yang bakal mencetuskan fenomena dalam sebulan dua ini sudah pasti RE yang dihasilkan HTC. Apakah jenis batang tersebut?
RE direka dalam bentuk yang sangat mudah. Sekali imbas, pasti orang memikirkan ia adalah batang paip, jika tidak pun binokular kapal selam yang sering kelihatan dalam filem. Tetapi inilah rekaan yang paling sesuai digenggam tangan. Malah, ia direka agar sentiasa bersedia untuk merakam gambar dan video. RE mempunyai sensor genggaman, yang mengesan apabila ia di dalam genggaman tangan sekaligus terus menghidupkannya. Kemudian, butang yang besar untuk ditekan ibu jari, menangkap gambar dengan pantas melalui satu tekanan, dan merakam video apabila ditekan lama.


Kualiti pada kamera RE pasti tidak dapat dipertikaikan. HTC melengkapkannya dengan sensor CMOS 16MP yang turut mampu merakam video HD penuh 1080p. Lensanya mampu melihat selebar 146 darjah. Jadi lebih ramai dan banyak perkara boleh dimuatkan dalam satu gambar yang ditangkap menggunakan RE.
Fungsi yang menarik turut terbina bersama RE. Ia mempunyai fungsi gerak perlahan serta time-lapse bagi menghasilkan video yang lebih menarik, mengikut kreativiti pengguna. Malah, ia juga memiliki rating IP57, yang membolehkannya merakam gambar di dalam air sedalam 1 meter, selama 30 minit. Ia tidak perlu sebarang casing tambahan untuk masuk ke dalam air, jadi RE pasti boleh menjadi teman terbaik di tepi kolam renang, mahupun di dalamnya.

RE mempunyai slot kad memori mikro-SD untuk menyimpan gambar dan video yang dirakam. Tetapi, ia juga boleh berhubung terus dengan telefon pintar melalui aplikasi RE, yang boleh dimuat turun pengguna Android dan iOS. Ia boleh menghantar terus gambar yang diambil ke telefon pintar melalui sambungan WiFi & Bluetooth. Malah, aplikasi RE boleh digunakan sebagai alat kawalan untuk merakam gambar pada RE dari jarak jauh.
HTC akan membuka API/SDK untuk pembangun aplikasi yang berminat membangunkan aplikasi untuk RE. Dalam masa terdekat, RE akan boleh digunakan untuk stream secara langsung ke Youtube, agar dapat dikongsikan bersama penonton lain di sebelah benua yang lain.
Kamera HTC RE ini akan mula dijual di Malaysia pada pertengahan bulan Disember 2014 ini, pada harga RM699. Ia boleh dibeli melalui pengedar sah HTC dengan tiga pilihan warna, iaitu biru, oren dan putih.

0 comments:

Post a Comment