Thursday, December 4, 2014

Artis “Lucah Melampau” Di Kedai Makan?


Artis wanita memang terkenal dengan kisah kontroversinya. Sejak mula terbabit dalam bidang seni, dia lebih popular dengan kisah kontroversi berbanding kerjayanya.
Nampaknya artis itu tak serik-serik lagi dan baru-baru ini dia buat hal lagi. Baginya, apa dilakukan mungkin remeh tetapi bagi orang lain, ia sebaliknya kerana dia adalah artis yang sering mendapat perhatian masyarakat.
Seorang rakan SS baru-baru ini pergi makan malam di sebuah restoran di ibu kota. Secara kebetulan, artis terbabit juga menikmati makan malam di restoran yang sama.
Dia tidak berseorangan sebaliknya ditemani kekasihnya. Sebelum ini SS tahu dia berkasih dengan siapa, tetapi apabila dimaklumkan kepada rakan, dia tidak keluar dengan lelaki yang SS beritahu sebaliknya dengan lelaki lain.
Siapa pula gerangan kekasihnya kali ini? Tak kisahlah sebab artis ini juga dikenali suka bertukar-tukar kekasih.
Apa yang SS nak ceritakan di sini ialah gelagat mereka yang terlalu asyik bercinta hingga lupa orang sekeliling. SS malas nak gambarkan keadaan mereka ketika itu, tetapi bagi SS lebih baiklah mereka terus ke bilik tidur!
Tentu anda faham apa yang SS maksudkan, bukan?
Rakan SS memaklumkan, artis itu dan kekasihnya seperti tidak malu dengan orang sekeliling. Tambahan pula ramai yang datang ke situ terdiri daripada orang tua dan kanak-kanak.
SS: Restoran mamak tetap jadi pilihan.
-pilihananda
Gambar hiasan

0 comments:

Post a Comment