Saturday, November 29, 2014

Suami Isteri Menonton Video Lucah Untuk Belajar New Skill Boleh Ke ?


Islam mengharamkan melihat aurat orang lain, terutamanya bahagian sulit. Nabi SAW bersabda :
Ertinya : “Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain”
Sudah tentu apabila melihat filem tersebut, akan dilihat aurat si pelakon tadi malah dalam keadaan yang tidak diizinkan oleh Islam pula.
Islam juga tidak menggalakkan si suami melihat kemaluan isteri dan begitu juga sebaliknya, sebagaimana displin seks Islam yang dinyatakan oleh Sayyidatina Aisyah r.a berkenaan hubungannya dengan baginda SAW. Jika demikian hukumnya, maka sudah tentu melihat kemaluan selain pasangan yang halal di dalam filem lucah lebih lagi ditegah oleh Islam. (hadith berkaitan hal ini tidak sahih,jadi harus melihat kemaluan pasangan kita)

Terdapat cara lain untuk mempelajarinya, iaitu dengan membeli buku pandauan seks dalam Islam yang melakarkan gambar-gambar lukisan sahaja.
Filem-filem ini sudah tentu dilakonkan oleh orang bukan Islam serta sudah tentu menjalani hubungan seksual tidak menurut displin Islam dalam hubungan seks. Termasuklah melakukan seks secara yang diharamkan oleh Islam. Justeru, meniru teknik yang diharamkan sudah tentu diharamkan juga.
Dibimbangi si suami atau isteri akan terbayangkan pasangan pelakon di dalam filem lucah tersebut. Maka ia jatuh ke dalam perkara haram yang lain pula.

Kesimpulannya, diharamkan menggunakan filem lucah samada untuk menaikkan syahwat suami isteri mahupun sebagai pengajian

Read more…

Lelaki Disyaki Gian Cabul Anak Diberkas

Dua beradik nekad lapor polis, kecewa perbuatan ayah tidak mampu dibendung ibu
SERIAN: Tidak tahan sering dicabul bapa kandung, dua beradik perempuan nekad membuat laporan polis selepas ibu mereka sendiri tidak mampu menghalang tabiat buruk suaminya itu.
Menurut sumber, insiden berlaku di sebuah kampung di sini apabila mangsa yang masing-masing berusia 17 dan 18 tahun sering menjadi mangsa cabul bapa mereka yang berusia 60 tahun sejak awal tahun lepas.
Difahamkan, suspek akan meramas payudara dan alat sulit kedua-dua anak gadisnya itu setiap kali bersua dengan mereka tanpa mengira waktu dan tempat.
“Malah, di hadapan isterinya sendiri (ibu mangsa), dia (suspek) masih boleh melakukan perbuatan terkutuk itu dan hanya diperhatikan sahaja kerana kesemua mereka takutkan suspek.
“Tidak tahan sering diperlakukan sedemikian dan kecewa apabila ibu mereka sendiri juga tidak dapat mempertahankan mereka, dua adik-beradik tersebut nekad untuk melaporkannya kepada pihak polis,” kata sumber.
Berpandukan laporan yang dibuat adik-beradik terbabit, pihak polis berjaya menahan suspek di rumahnya sekitar petang semalam dan siasatan lanjut pihak polis masih dijalankan.
Ketua Polis Daerah DSP Chung Aik Peng semasa dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan menurutnya suspek akan direman selama beberapa hari untuk siasatan lanjut.
“Dia (suspek) telah ditahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan akan direman bermula hari ini (semalam) ,” kata Chung

Read more…

Tradisi Hubungan Kelamin Terpelik Di Dunia!



Lain negara, lain kaum dan lain pula tradisinya. Hubungan intim merupakan satu perkara yang sangat peribadi bagi semua orang
Namun, tahukah anda bahawa ada segelintir masyarakat yang mengamalkan tradisi pelik dan aneh ketika melakukan hubungan seksual bersama pasangan.
Jom kita ketahui 5 tradisi pelik yang diamalkan oleh sesetengah masyarakat ini.

Indonesia
Mungkin kedengaran agak pelik namun masyarakat di sebuah pedalaman Indonesia melakukan hubungan kelamin dengan cara tidak bergerak dan dalam keadaan senyap. Benar-benar pelik!

Papua New Guinea
Masyarakat pedalaman Papua pula melakukan hubungan kelamin di dalam hutan. Si suami akan meletakkan dua anak panah dalam keadaan bersilang sebagai amaran kepada orang lain agar tidak mendekati tempat mereka melakukan hubungan kelamin. Jika ingkar, alamatnya kena panahlah orang yang degil itu.

Lebanon
Terdapat satu peraturan Lebanon yang memang pelik dan gila. Seseorang boleh dibenarkan mengadakan hubungan seksual dengan binatag yang berlawanan jantina. Maknanya lelaki boleh melakukan hubungan seksual dengan haiwan betina. Jika lelaki tersebut melakukan hubungan dengan haiwan yang sama jantina, alamatnya hukuman matilah yang sedang menanti.

Hong Kong
Di Hong Kong, isteri yang membunuh suami atas alasan suaminya curang tidak akan dihukum penjara. Ini kerana undang-undang Hong Kong membenarkan wanita membunuh suaminya dengan tangan kosong atau tanpa menggunakan sebarang senjata. Si isteri juga boleh membunuh kekasih suaminya dengan cara apa pun sama ada dengan atau tanpa menggunakan senjata.

Jepun
Ada satu kebiasaan pelik berlaku di institusi pengajian tinggi Jepun di mana pelajar senior dibenarkan memperkosa pelajar junior secara beramai-ramai. Bukan itu sahaja, pelajar baru akan disuruh berlari sekeliling kampus tanpa seurat benang.

Read more…

Friday, November 28, 2014

Kejam!! Lelaki Rantai Isterinya Selama 10 tahun dan Paksa Lahirkan Anak Dalam Keadaan Berantai..


WASHINGTON: Seorang lelaki dari Virginia Barat ditangkap kerana menyeksa isterinya, menjadikannya hamba dan tebusan dengan merantainya selama hampir 10 tahun.
Menurut media tempatan, pegawai di Jackson County menuduh Peter Lizon bertindak jahat selepas isterinya muncul di sebuah pusat perlindungan dengan parut pada pergelangan tangan dan kaki akibat dirantai baru-baru ini. Lizon, 37, juga didakwa memukul kaki isterinya dengan peralatan pertanian.
Dia memanggil isterinya, Stephanie, 43, ‘hamba’ dan memaksa wanita itu melutut setiap kali dia memasuki bilik.

Stephanie mengalami kecederaan serius pada seluruh tubuhnya, dari melecur teruk pada dada dan belakang badan akibat ditekap dengan besi dan kuali panas sehingga patah jari dan berparut, menurut tuduhan jenayah yang difailkan oleh seorang wanita yang menemui mangsa di pusat perlindungan itu. Wanita itu juga mendakwa Lizon memukul isterinya di perut ketika dia mengandung, menyebabkan mangsa keguguran sebelum lelaki itu menanam mayat janin yang sudah membesar menjadi bayi di ladangnya.
Stephanie juga dipaksa melahirkan seorang lagi anak sambil dia dirantai. Dia dan dan anaknya tidak pernah menerima rawatan perubatan sejak itu.
Bagaimanapun, peguam Lizon, Shawn Bayliss menolak dakwaan itu dengan memberitahu stesen televisyen WSAZ, keguguran yang dialami Stephanie berpunca daripada kemalangan jalan raya. Menurutnya, wanita yang memfailkan tuduhan itu mengalami masalah mental dan berkata, Stephanie tetap mempertahankan suaminya.
Namun Peter Lizon dilepaskan atas dakwaan melakukan penderaan terhadap isterinya apabila isterinya menolak semua dakwaan kekerasan yang dilakukan suaminya terhadapnya di mahkamah. – AP
sumber: hmetro.com.my

Read more…

Akhirnya Tabiat Pelik Seorang Gadis 18 Tahun Terbongkar Dan Mengejutkan Orang Ramai !!! Apa Yang Berlaku??

Inilah padahnya mempunyai tabiat pelik iaitu mengunyah rambut dan menelannya... seorang gadis telah menjalani pembedahan rumit untuk mengeluarkan gumpalan rambut seberat 4.1 kilogram di dalam perutnya...
Batken (Kyrgyzstan): Seorang gadis berusia 18 tahun menjalani prosedur perubatan rumit untuk membuang gumpalan rambut seberat 4.1 kilogram dari dalam perutnya...
Ayperi Alekseeva dimasukkan ke hospital baru-baru ini selepas mengadu sakit perut hingga tidak boleh menelan makanan dan sukar untuk minum...
Ujian pengimbasan sinar-X menunjukkan terdapat gumpalan rambut tersekat di dalam perutnya yang memerlukan dia menjalani pembedahan secepat mungkin...
Pakar bedah di hospital Bishkek, Profesor Bahadir Bebezov berkata gumpalan rambut di dalam perut Ayperi itu terbentuk akibat kegemarannya mengutip rambut yang digugur di permaidani sebelum memakannya. Dia juga mempunyai tabiat untuk mengunyah rambutnya sendiri...
“Keadaan perutnya begitu teruk. Ia membengkak kerana gumpulan rambutnya. Terdapat juga bulu permaidani bersama-sama rambutnya apabila kami mengeluarkan dari perutnya,” kata Bahadir...
Selepas menjalani pembedahan itu, Ayperi berjanji untuk menghentikan tabiat buruk itu...
Foto : 
GUMPALAN rambut seberat 4.1kg yang dikeluarkan dari perut gadis berusia 18 tahun...

Dia bukan satu-satunya orang yang terpaksa menanggung padah kerana mempunyai tabiat pelik...
Pada Oktober 2012, doktor di Indore, India membuang gumpalan rambut seberat dua kilogram dari perut dan usus kecil seorang wanita berusia 19 tahun...
Seperti Ayperi, dia juga suka memakan rambut, tetapi dicampur dengan kapur... - AFP
Sumber : braderbeger.com




Read more…

Thursday, November 27, 2014

Pertandingan Punggung Di Universiti

UNIVERSITI Cambridge di United Kingdom sememangnya dikenali sebagai salah satu institusi pengajian tinggi terunggul di dunia.
Tapi tak kesemua penuntutnya ‘bijak pandai’ apabila sesetengah mereka suka rela menayangkan punggung untuk tatapan umum bagi menyertai pertandingan ‘Punggung Tercantik’ yang dianjurkan kesatuan pelajar di sana.
Difahamkan ramai penuntut dari pelbagai jurusan mengambil bahagian dalam pertandingan ini hingga akhirnya hanya 12 pelajar yang tinggal terdiri daripada enam lelaki dan enam perempuan sebagai finalis.
Ini merupakan tahun ketiga penganjuran pertandingan seumpama itu dan kali ini dilihat lebih meriah kerana salah seorang daripada pesertanya memilih tema gambar meniru pose bogel sosialis terkenal, Kim Kardashian yang menjadi sensasi Internet, baru-baru ini.
Gambar-gambar mereka kemudiannya akan disiarkan dalam laman web akhbar kampus itu yang mana rakan-rakan pelajar yang lain boleh mengundi pelajar yang memiliki punggung paling cantik.
Walaupun ramai pelajar teruja mengambil bahagian dalam pertandingan ini, namun ada juga segelintir yang tidak bersetuju dengan penganjuran acara seperti ini yang dilihat boleh menjatuhkan prestij universiti terbabit yang berada dalam kelasnya tersendiri.
Pihak universiti walau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai penganjuran acara tersebut.

Read more…

Orang Perancis Cipta Pil Kentut Wangi Bak Ros Merah

Kentut siapa yang wangi? Cristian Poincheval, 65 telah mengeluarkan pil kentut berbau ros. Dia itu mendapat idea semasa makan malam dengan rakan-rakan.
Pil diberi nama “Father Christmas Fart” yang mengeluarkan kentut bau coklat. Dia mula menjual pil pada tahun 2006, yang dibuat dari bahan-bahan semula jadi, dan dia berkata jualan sangat menggalakkan.
Poincheval mendakwa pil itu bukan sahaja mewujudkan kentut coklat-wangi, mereka mengurangkan gas usus dan kembung terima kasih kepada bahan-bahan seperti sayur-sayuran, fennel, rumpai laut, resin tumbuhan, bilberry, dan koko zest.

Read more…

‘Berposing Ala Mawar Fizo’ Disabotaj?

PETALING JAYA: Pelakon Fizo Omar menjelaskan penambahan beberapa syarat bagi mencari pemenang pertandingan Berposing Ala Mawar Fizo yang berlangsung sejak dua bulan lalu sebagai langkah berlaku adil kepada semua peserta.
Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 29, berkata, perkara tersebut dilakukan selepas mengenal pasti terdapat peserta yang menggunakan taktik kotor bagi memenangi pertandingan tersebut dengan jalan mudah.
“Pada asalnya kami memang buat peraduan ini secara santai sahaja dan tidak menjangkakan akan menerima beribu-ribu penyertaan sehingga membuatkan kami terpaksa menambah syarat tertentu supaya pemenang yang dipilih adalah benar-benar layak.
“Kami dapat tahu ada yang menggunakan cara kotor dan tidak sihat apabila mereka menetapkan akaun facebook mereka secara auto like membuatkan gambar tersebut mendapat like secara automatik. Ia tidak adil kepada peserta lain yang menyertainya,” ujar Fizo ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.
Fizo berkata demikian ketika diminta mengulas tentang segelintir peserta yang tidak berpuas hati dengan perubahan dan penambahan syarat-syarat yang ditetapkan bagi memenangi pertandingan itu.
Perubahan syarat yang dikemaskini melalui laman facebook Fareeda pada Selasa.
Komen daripada peserta yang tidak berpuas hati dengan tindakan pihak Fareeda yang sering membuat perubahan syarat.
Segelintir peserta turut menganggap pertandingan yang dianjurkan oleh jenama tudung terkenal Fareeda itu tidak profesional.
Dalam pada itu, Fizo berkata, peraduan tersebut pada asalnya dikira melalui jumlah like terbanyak yang diterima untuk gambar Berposing Ala Mawar Fizo.
Jelasnya, pemenang akan dipilih daripada 25 peserta akhir di majlis kemuncak yang akan diadakan di butik Fareeda di Bangi, 30 November ini.
“Pada asalnya ia memang dikira berdasarkan jumlah like pada gambar terbanyak, namun kami tambah beberapa syarat lagi iaitu 25 peserta senarai pendek akan diuji sekali lagi di majlis yang diadakan di butik Fareeda di Seksyen 9, Bangi pada Ahad ini.
“Mereka perlu mengkaji tentang latar belakang saya, Mawar dan Fareeda. Saya pasti pemenang yang dipilih itu nanti merupakan yang benar-benar layak kerana mereka akan dinilai oleh beberapa selebriti tempatan,” ujarnya.
Sementara itu, Fizo mengakui terharu dengan usaha peserta yang sanggup memberi aksi terbaik bagi memenangi peraduan tersebut.
Katanya, ada segelintir sanggup meminta kebenaran untuk bergambar di hadapan rumahnya kerana pertandingan itu.
“Saya perlu berlaku adil kerana ada peserta yang benar-benar berusaha untuk beri posing terbaik. Ada yang sanggup mencari kuda, bergambar dengan menara condong di Teluk Intan semata-mata meniru gaya saya di Menara Condong Pisa di Itali.
“Ada juga yang meminta kebenaran pengawal keselamatan untuk bergambar depan rumah saya,” ujarnya.
Dalam pada itu, menurut Fizo, tiga pemenang bakal membawa wang tunai sebanyak RM30,000 dan tudung Fareeda.

Read more…

Terpedaya Cinta Pak Hitam

GEORGETOWN – Gara-gara terpedaya dengan kata manis dan janji lelaki warga asing, seorang suri rumah kerugian lebih RM1 juta selepas ditipu lelaki warga Nigeria yang dikenali melalui laman Facebook.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Pulau Pinang, Asisten Komisioner Azmi Adam berkata, selepas berkenalan dan menjalinkan hubungan, mangsa dijanjikan “hadiah berharga” namun menghadapi kesukaran untuk menghantarnya kerana ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Menurutnya, suspek kemudian meminta mangsa memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank dengan alasan untuk membayar kepada kastam supaya barangan tersebut dilepaskan.
“Apabila mangsa mula percaya, lelaki itu kemudian mengarahkannya memberi sejumlah wang melalui akaun bank bagi mengambil barang itu.
“Berdasarkan keterangan, wanita itu membuat tujuh transaksi atas penama berlainan namun tiada sebarang hadiah diterima. Malah kekasihnya juga gagal dihubungi,” katanya pada sidang media di sini semalam.
Azmi berkata, menyedari diperdayakan lelaki itu, wanita yang berusia 30-an tampil membuat laporan polis kerana sudah memasukkan wang lebih RM1 juta sejak setahun lalu.
Beliau berkata, polis menerima laporan dari seorang lagi wanita yang mendakwa menjadi mangsa sindiket sama apabila ditipu RM5,700.
“Siasatan polis mendapati modus operandi sindiket warga asing yang dikenali ‘parcel scam’ itu adalah berkenalan dengan mangsa dalam laman Facebook sebelum menabur janji manis termasuk membelikan hadiah dari luar negara untuk mangsa.
“Setakat ini, kita menahan empat lelaki warga Nigeria dan masing-masing seorang wanita Indonesia dan wanita tempatan yang dipercayai terlibat pada 20 dan 21 November lalu,” katanya.
Azmi berkata,dua suspek warga Nigeria ditahan di Kuala Lumpur pada 20 November lalu manakala dua yang lain bersama dua wanita itu ditahan di Relau di sini.
“Hasil siasatan mendapati kedua-dua wanita itu menjadi orang tengah dengan memperkenalkan mangsa kepada anggota sindiket dan pemegang akaun bank untuk menerima wang daripada mangsa.
“Beberapa barangan seperti sebuah kereta, empat komputer riba dan lapan telefon bimbit turut dirampas,” katanya.
Kesemua suspek kini direman sehingga 4 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan

Read more…

Pelakon Jual Diri RM150 Setengah Jam


Prague : Seorang bintang siri televisyen dipecat selepas didapati menawarkan perkhidmatan seks apabila pelanggannya menghebahkan aktiviti itu di media sosial.
Diana Korbelova, 18, mencipta nama selepas membawa watak pelajar bernama Maria dalam drama popular di Czech, The Street.
Media melaporkan, ketika tidak melakukan penggambaran, Diana ‘menjual’ dirinya sebagai Ester untuk dilanggan lelaki bernafsu besar di kawasan Vinohrady.
Aktiviti pelacuran itu diadakan di sebuah rumah sewa dan Diana mengenakan harga £28 (RM150) untuk perkhidmatan selama setengah jam dan £56 (RM300) untuk sejam.
Namun ‘kerja tambahan’ itu akhirnya dihidu penerbit rancangannya selepas seorang lelaki menguar-uarkan pengalamannya di media sosial.
Petr Cisek, 54 memberitahu, Diana mendakwa dia bekerja di pusat pelacuran itu sejak dua bulan lalu dan amat menggemari seks.
“Kata Diana, dia mendapat tempahan lebih banyak berbanding pelacur yang lebih lama di situ.
“Nampaknya Diana memberitahu dia memang dicemburui pelacur lain,” katanya.
Jurucakap TV Nova, Anna Sucha berkata, Diana tidak menimbulkan sebarang masalah sehinggalah aktivitinya terdedah.
“Kami tidak akan meminta dia kembali dan kami tidak merancang untuk bekerjasama dengannya lagi. Karier dia telah berakhir,” katanya. – Agens

Read more…

Wednesday, November 26, 2014

Berzina Dengan Bekas Isteri

JITRA: Seorang lelaki dipercayai gila talak apabila didapati bersekedudukan dengan bekas isterinya yang juga isteri orang, malah kerap mengunjungi rumah jandanya di Tunjang, dekat sini, sebelum mereka dicekup kerana disyaki berkhalwat, malam kelmarin.
Lelaki berusia 46 tahun itu dikatakan sudah lama berpisah dengan bekas isterinya berusia 45 tahun dan mempunyai tiga anak yang masih kecil, tetapi dikesan menjalinkan hubungan sulit ketika suami wanita terbabit tiada di rumah.
Bagaimanapun, kegiatan mereka akhirnya dapat dihidu sebelum dicekup kira-kira jam 11 malam oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PAKDP) selepas menerima maklumat.
Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pihaknya menerima maklumat awam berhubung kegiatan maksiat membabitkan pasangan itu lalu membuat pemeriksaan lanjut.
Beliau berkata, sebaik anggota penguat kuasa tiba, mereka mendapati keadaan luar rumah itu gelap dan berkunci dari dalam sehingga menimbulkan syak.
“Sejurus mengetuk pintu dan memberi salam beberapa kali, ia dibuka seorang wanita yang berpakaian lengkap dan terkejut melihat kehadiran anggota penguat kuasa PADKP.
–Harian Metro

Read more…

Tuesday, November 25, 2014

Skandal Isteri Cantik Dan Suami Orang

Siapa sangka, seorang isteri berperawakan lemah lembut, bertudung labuh dan kuat pegangan agama rupa-rupanya bertuankan nafsu apabila sanggup menjalin hubungan sulit dengan suami orang.
Padahnya, dia dicekup suami dalam keadaan hanya memakai baju tidur tanpa coli manakala pasangannya tidak berbaju, sekali gus membawa kepada runtuhnya rumah tangga yang dibina selama 10 tahun.
“Nyata doa saya ketika di Makkah supaya Allah SWT menunjukkan kebenaran di dalam rumah tangga saya termakbul. Saya bukan mahu memalukan bekas isteri, tapi ingin berkongsi pengalaman supaya menjadi iktibar kepada orang lain,” kata Azman, 30-an.
Ikuti pengakuan Azman sepenuhnya:
“Terus terang saya katakan, sepanjang hidup bersamanya, tidak sedikitpun saya meragui kesetiaannya. Saya yakin dia setia kepada saya memandangkan perkahwinan kami atas dasar suka sama suka.
Ketika bersusah payah membangunkan perniagaan, dia menjadi inspirasi dan semangat untuk saya. Tanpa dia, mungkin saya tidak mampu mengharungi pahit getir dalam dunia perniagaan.
Lebih daripada itu, saya yakin, perawakannya yang lemah lembut, bertudung labuh dan latar belakangnya yang kuat pegangan agama tidak mungkin membuatkan dia sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi hukum agama.
Dia melayan saya dengan sepenuh tanggungjawabnya sebagai isteri. Apa saja permintaan saya dia akan penuhi.
Kami bertambah bahagia apabila dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia sembilan tahun.
Namun, ketika perniagaan saya berkembang dan kami sekeluarga mengecap kesenangan, ada rakan memberitahu pernah melihat isteri saya bersama lelaki lain dalam keadaan mencurigakan.
Ketika itu memang saya tidak percaya langsung dan akibatnya saya bertumbuk dengan rakan yang menyampaikan maklumat itu.
Begitupun, cerita mengenai kecurangan isteri saya tidak pernah tamat kerana ada saja rakan menyampaikannya kepada saya.
Antara yang paling menyakitkan hati ialah ada yang memberitahu, isteri saya membuat pengakuan bahawa dia sudah berpisah dengan saya.
Dalam keadaan sedemikian, saya masih bersabar dan membuang perasaan curiga terhadap isteri. Saya tetap melayannya dengan baik dan pada masa sama dia juga begitu.
Pada Ramadan tahun lalu, saya ke Makkah mengerjakan umrah dan di depan Kaabah saya berdoa supaya Allah SWT terus merapatkan hubungan saya dan isteri. Pada masa sama saya juga memohon kepada Allah supaya menunjukkan kebenaran jika ada kekurangan dalam rumah tangga saya.
Pulang dari Makkah, saya menghadiahkan isteri gelang kayu Kokka. Tidak lama selepas itu rakan memberitahu, lelaki yang dikatakan menjalin hubungan sulit dengan isteri saya ada memakai gelang sama.
Apa disampaikan rakan saya memang benar kerana tanpa pengetahuan saya, isteri saya menghadiahkan gelang berkenaan kepada lelaki itu.
Saya memang sakit hati tetapi kerana perasaan sayang masih menebal, saya buat tak tahu saja.
Bagaimanapun, pada satu malam doa saya dimakbulkan Allah apabila saya bagaikan diberi petunjuk mengenai kecurangan isteri.
Entah bagaimana, ketika itu tidak semena-mena kereta yang biasa saya gunakan rosak secara tiba-tiba dan saya pulang ke rumah menggunakan kereta lain.
Tidak seperti kebiasaan, saya pulang awal sedikit. Ketika sampai di rumah, saya melihat kelibat seorang lelaki keluar dari pintu belakang dan menguncinya.
Berderau darah saya ketika itu dan dengan menggunakan segala kudrat yang ada, saya mengejar dan berjaya menangkapnya.
Ternyata, dia adalah lelaki seperti digambarkan rakan saya. Dalam keadaan separuh bogel, saya mengheretnya ke dalam rumah dan ketika itu isteri saya dalam keadaan kusut, memakai baju tidur tanpa coli. Saya periksa bilik dan mendapati katil ‘bersepah’.
Tanpa sedar, air mata saya mengalir dan benarlah apa yang diberitahu rakan selama ini.
Sudah jelas, isteri saya curang. Jika bersama lelaki lain di dalam rumah dalam keadaan mencurigakan, apa lagi yang mereka lakukan jika tidak membuat maksiat?
Namun, seperti orang tidak bersalah, kedua-duanya berbuat muka selamba. Isteri memberi alasan lelaki itu datang ke rumah kerana mahu membetulkan paip.
Apabila diperiksa, ternyata isteri saya berbohong apabila paip rumah saya tidak rosak dan lelaki itu tidak pula membawa peralatan membaiki paip.
Seperkara lagi, lelaki itu masuk ke rumah secara bersembunyi berikutan keretanya diletakkan jauh dari pekarangan rumah.
Bengang dengan reaksi mereka, saya bawa mereka ke balai polis dan membuat laporan. Sedikitpun mereka tidak menunjukkan perasaan takut. Kesudahannya mereka dilepaskan selepas dijamin keluarga masing-masing.
Sejak itu, kami duduk berasingan hinggalah kami bercerai baru-baru ini, Saya mendapat hak penjagaan anak.
Apabila difikirkan kembali, apa salah saya sehingga dia sanggup berbuat begitu. Hendak apa saja saya berikan. Malah satu ketika dia pernah berkata kepada anggota keluarga saya, dia tidak tahu hendak membeli apa lagi kerana semua benda boleh dimilikinya.
Keluarga saya memang kecewa, apatah lagi ibu saya. Dia adalah menantu kesayangannya, tetapi apa yang berlaku benar-benar mengejutkannya.
elayuKeluarga bekas isteri pula meletakkan kesalahan di atas bahu saya. Mereka menyifatkan saya terlalu cemburu.
Saya hairan, adakah perbuatan bekas isteri saya melakukan maksiat bersama lelaki lain dan saya sendiri yang menangkap mereka perlu dimaafkan?”
Nauzubillah. Semoga perkara ini tidak berlaku kepada kita mahupun ahli keluarga kita sendiri dan kisah benar ini menjadi pengajaran buat semua.

Read more…

Fesyen Separuh Bogel Selebriti Wanita di AMW

Fesyen amat penting di dalam satu-satu Anugerah yang di hadiri bintang-bintang dan selebriti popular dunia, namun kadangkala ada yang mengaibkan diri mereka yang konon nya apa yang di gaya kan mereka di katakan kelihatan menarik.
Bukan semua selebriti bijak bergaya, kalau tak kena caranya memang akan jadi mangsa fesyenlah jawabnya.
Terbaharu, seorang lagi artis masuk dalam list berpakaian paling buruk lagi jelik dalam sejarah selebriti menghadiri anugerah.
Ketika menghadiri Anugerah American Music Awards semalam, penyanyi kelahiran Albania, Bleona Qereti, telah tampil dengan persalinan jaring jarang yang mendedahkan keseluruhan tubuh badannya.
Dikatakan, Bleona berkemungkinan besar bercita-cita mahu meniru pakaian kontroversi yang pernah digayakan pelakon Rose McGowan ketika menghadiri anugerah MTV Video Music Awards pada tahun 1998.
Selain itu, dia mungkin mendapat inspirasi daripada gaya hampir serupa Rihanna ketika menghadiri 
Anugerah Fesyen CFDA di New York, 2 Jun lalu yang dinobatkan oleh pengkritik fesyen sebagai persalinan selebriti terbaik di red karpet pada majlis tersebut.
Masalahnya, persalinan jarang itu kelihatan begitu elegan dan kelas dikenakan oleh Rihanna tetapi apa yang dipakai oleh Bleona semalam lebih kepada murahan.
Tak hairanlah rata-rata komen diberikan peminat fesyen terhadap apa yang dikenakan Bleona adalah, daripada berpakaian camni lebih baik tak payah datang anugerah berprestij yang jadi tumpuan pengkritik fesyen, buta-buta je cipta sejarah memalukan buat diri sendiri.


Read more…

Isteri Curang Berzina Dua Kali Sehari Dengan Majikan

Rasa curiga seorang suami selepas permintaan melakukan hubungan kelamin ditolak isteri, membongkar rahsia perbuatan jijik wanita terbabit yang dikatakan menjalinkan hubungan intim dengan ‘kekasih gelap’ yang juga majikannya di sebuah rumah sewa di Kampung Petagas, di sini, sejak tujuh bulan lalu.
Perbuatan wanita berusia 28 tahun itu semakin terserlah apabila suaminya terbaca khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur cinta dalam telefon bimbit isterinya, malam kelmarin.
Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 malam ketika suami wanita itu dikatakan ingin melakukan hubungan kelamin, tetapi ditolak isteri kononnya kepenatan kerana bekerja.
“Tidak lama kemudian, telefon bimbit isteri berdering singkat diikuti bunyi SMS, menyebabkan suami wanita itu mengambil telefon dan terkejut apabila melihat SMS tertera perkataan ‘sayang’ dihantar seorang lelaki.
“Lelaki terbabit kemudian meminta penjelasan isteri berkaitan lelaki yang menghantar SMS itu, tetapi tidak diendahkan wanita itu sebelum pujukan suami menyebabkan wanita mengakui menjalinkan hubungan dengan majikan,” katanya.
Sumber berkata, lelaki terbabit yang terkejut dengan pengakuan isterinya kemudian memanggil individu berkaitan yang juga seorang India Muslim bagi mendapatkan penjelasan.
Menurutnya, lelaki itu mengaku melakukan hubungan seks dengan wanita itu sejak tujuh bulan lalu dan ia diakui wanita terbabit.
“Wanita itu turut mengaku kerap mengadakan hubungan seks dengan lelaki terbabit dua kali sehari pada waktu siang di rumah sewa lelaki berkenaan yang terletak berhampiran tempat kerja wanita berkenaan,” katanya.
Sumber berkata, suami wanita itu kemudian memanggil imam di kampung berkenaan, Imam Norisham Purah yang juga Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang kemudian membawa pasangan terbabit ke Balai Polis Putatan.
Norisham berkata, siasatan mendapati wanita itu bekerja di sebuah kedai runcit milik lelaki terbabit di Kampung Petagas sejak Mac lalu dan sejak itu mereka melakukan hubungan seks di rumah sewa lelaki berkenaan.
“Kedua-dua mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Putatan untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin, menurut sumber Hmetro.
“Pasangan itu ditahan mengikut Seksyen 80, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah kerana melakukan persetubuhan haram,” katanya.
Difahamkan, suami wanita terbabit dijangka menceraikan isterinya berikutan kecewa dengan kejadian itu. – Webberita

Read more…

Monday, November 24, 2014

Aksi Terlampau Gadis Bertudung Dengan ” I Love Dildo”

Gambar gadis bertudung bergambar aksi kurang sopan viral di laman sosial dengan kapsyen “I love Dildo” menimbulkan kontroversi.
Foto berkenaan dikongsikan oleh seorang pengguna facebook dan mendapat ramai komen. Rata-rata yang mengomen mengutuk tindakan gadis berkenaan kerana perbuatannya yang tidak bermaruah dan memalukan diri sendiri.
Kepada gadis-gadis diluar sana, jagalah maruah diri anda, jangan upload gambar yang tidak senonoh di laman sosial. Janganlah buat perkara yang mencemarkan nama baik keluarga kita mahupun kawan-kawan kita.
Penulis tidak pasti kesahihan gambar ini, mungkin benar ataupun diedit. Jika benar, semoga gadis ini kembali ke pangkal jalan.

Read more…

Sunday, November 23, 2014

Pelajar Rakam Aksi Seks Oral Pengetua Dengan Guru

DAHLAH kantoi ditangkap pelajar ketika sedang melakukan seks oral terhadap staf sendiri, seorang pengetua di sebuah sekolah menengah di Slovenia mengugut pula pelajarnya akan mengambil tindakan mahkamah selepas video seksnya menjadi viral di Internet.
Drago Kamenik, 41, ditemui dalam keadaan sedang melakukan seks oral terhadap guru matematik, Manja Mertelj selepas beberapa pelajar terdengar bunyi mencurigakan dalam sebuah kelas kosong.
Aksi pengetua itu kemudiannya dirakam lalu dimuat naik di laman sosial. Pengetua tersebut yang risau selepas video itu tersebar terus mengugut untuk menyaman pelajar terbabit.
“Kami terdengar bunyi bising dan nampak ada orang sedang melakukan seks dalam kelas yang kosong.
“Pada mulanya kami menyangkakan pelajar lain sedang lakukan perkara itu, namun terkejut selepas menyedari pasangan itu adalah cikgu matematik dan pengetua sekolah kami,” kata salah seorang pelajar yang ternampak kejadian memalukan itu.
Drago, yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak, bermati-matian mengatakan video tersebut palsu dan sudah membuat laporan polis berhubung penyebaran video tersebut.
“Lelaki dalam video itu bukan saya, ianya telah diedit,” dakwanya.
Para pelajar yang memuat naik video itu bagaimanapun tidak mempedulikan amaran Drago, sebaliknya bertegas akan berkongsi keseluruhan video sekiranya keadaan memaksa.
“Kami boleh sahaja muat naik keseluruhan video tersebut supaya semua orang percaya kesahihan video kami,” kata pelajar yang merakam video tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Read more…

Saturday, November 22, 2014

Remaja Lelaki Rogol Warga Emas 91 Tahun

NORTH LANARKSHIRE: Seorang remaja berusia 17 tahun, Kriss Strachan telah merogol seorang wanita tua berumur 91 tahun dan telah menyerah diri selepas dipaksa oleh ibunya dan beliau tidak percaya dia telah membuat perkara terkutuk tersebut.
Semasa kejadian Kriss dalam keadaan mabuk selepas pulang dari sebuah bar telah memecah masuk rumah jirannya itu dan terus merogol mangsa yang menyebabkan mangsa terkejut dan trauma di mangsa yang sebelum ini seorang yang peramah sekarang ini hanya sebut perkataan ingin mati.
Mangsa yang sedang tidur nyenyak sedang tidur di dalam biliknya dan terdengar ada orang mengetuk pintu dengan kuat. Mangsa bangun kerana mengingatkan mungkin saudaranya bertandang ke rumah tetapi apabila pintu dibuka beliau terkejut kerana Kriss yang berada di depan pintu tersebut yang terus masok dan meminta seks. Walaupun cuba menolak tapi teah dipaksa dengan kasar oleh Kriss.
Kini mangs telah berpindah kerumah anaknya kerana trauma dan takut untuk tinggal bersendirian lagi manakala Kriss pula telah dibuang keluarganya kerana mereka amat malu dengan perbuatan remaja tersebut dang menganggap dia telah menjatuhkan maruah keluarganya seperti sampah.
Kes ini teah dibicarakan di Mahkamah Tinggi Glasgow.
Menurut pendakwa Jane Farquharson memberitahu bahawa mangsa cuba mempertahankan dengan menolak dan mnggaru muka suspek, tetapi suspek telah menghantuk kepala mangsa di dindingk membunuhnya kalau mangsa tidak diam.
Menurut mangsa beliau terasa begitu jijik selepas dinodai suspek dan mnyebabkan jiwanya runsing.
Miss Farquharson memberitahu mahkamah: “Dia berkata dia berasa kotor dan telah menjadi lebih dan lebih menarik diri dia berbisik kepada pegawai:. ‘Saya hanya mahu mati’.”
Mangsa juga menjadi trauma dengan mana-mana lelaki di dalam mahkamah dan meminta seorang pegawai wanita untuk untuk duduk bersebelahan dengannya.
Mahkamah diberitahu mangsa didapati telah mengalami lebam yang serius sebagai akibat serangan itu.Hakim Lord Boyd telah menangguhkan perbicaraan ini bulan depan.-

Read more…

Video Seks Bongkar Nelayan Rogol Pelajar Tingkatan 4

Rahsia seorang nelayan merogol teman wanitanya, pelajar tingkatan empat dari sebuah sekolah menengah di sini terbongkar selepas video klip perbuatan lelaki itu tersebut didakwa tersebar.Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Ab Rahman Raja Mohamed berkata, klip video yang merakamkan perlakuan seks pelajar itu dengan teman lelakinya berusia 23 tahun yang dirakamkan lelaki itu, dikatakan telah tersebar di sekolah mangsa.
Menurutnya, mangsa dari sebuah kampung di Penarik mengetahui video klip hubungan seks itu tersebar selepas ia heboh di sekolahnya pada dua minggu lalu.“Pada Ahad lalu, mangsa memberitahu suspek bersama keluarganya datang ke rumah mangsa menceritakan tentang perkara itu dan minta untuk berkahwin, namun keluarga mangsa enggan menerima dan membuat laporan polis,” katanya.
Ab Rahman berkata, siasatan awal mengatakan mangsa mengaku mengenali suspek pada 12 Disember tahun lalu dan dia mendakwa dirogol teman lelakinya itu sebanyak tiga kali iaitu pada Februari, April dan pertengahan Mei lalu.Menurutnya, selepas perbuatan suspek terbongkar, mangsa tampil membuat laporan dan bertindak atas laporan itu, polis berjaya menahan suspek di rumahnya pada jam 12.45 malam kelmarin untuk membantu siasatan.Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.-sinarharian

Read more…

Friday, November 21, 2014

Penyanyi Lebanon Dikecam Di Dunia Arab

Beirut - Pakaian yang dikenakan bintang pop terkenal asal Lebanon dalam sebuah acara di televisi, dapat kecaman di media sosial. Terutama dari sesama kaum hawa. 
Penyanyi Haifa Wehbe membawakan lagu dalam siaran langsung acara Arab Star Academy, bakat muzik televisi di Arab. Ia mengenakan baju hitam panjang yang jarang dan memperlihatkan bentuk tubuhnya. 
Lebih dari 2 juta orang menonton kelihatan di internet, setelah sejumlah video muat naik ke YouTube. 
Reaksi berbeza muncul di media sosial. Penduduk dari Mesir, Jordan dan Saudi Arabia mengkritik keras pilihan baju sang bintang. 'Skandal', menjadi istilah yang sering digunakan mereka. 
"Haifa telah melampaui batas itu," kata seorang pengguna YouTube. 
Tentang apa yang boleh dan tidak boleh dikenakan oleh perempuan menjadi isu besar di Dunia Arab. Di Lebanon, baju jarang dan bikini bukan pemandangan indah, namun di Saudi Arabia perempuan diwajibkan menutup auratnya dengan pakaian hitam. Namun dalam masyarakat paling tradisional, perempuan kerap meniru gaya artis. 
Haifa Wehbe sering muncul kontroversi dengan pakaiannya. "Benar, kita sudah terbiasa melihatnya dengan pakaian yang sangat seksi, namun yang kali ini...membuat para penontonnya berang," kata seorang perempuan Mesir, 


Namun, tak semua orang membenci gaya artis. "Ia tampak cantik dengan pakaiannya," kata seorang pengguna YouTube. 
Gaya hidup asal Lebanon mengatakan, "Banyak gadis Arab yang berpakaian lebih provokatif di kelab malam, namun tak ada yang peduli kerana tak ada kamera di sana." 
Sejumlah pengguna sosial media menyamakan diva Lebanon itu dengan Kim Kardashian -- yang baru-baru ini muncul kontroversi kerana berpakaian seksi.

Read more…

Thursday, November 20, 2014

Wanita Penan Mangsa Rogol Pembalak


Transparency International-Malaysia (TI-M) menggesa pihak bertanggungjawab supaya membelas nasib golongan kanak-kanak dan wanita kaum Penan yang didakwa menjadi mangsa nafsu serakah pekerja industri pembalakan sejak bertahun-tahun.

Seruan itu disuarakan organisasi bukan kerajaan antirasuah, setelah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berjanji untuk menamatkan amalan rasuah yang membabitkan taikun balak di sana.

Melalui satu kenyataan, presidennya, Datuk Akhbar Satar berkata, walaupun tindakan tegas ketua menteri itu terhadap syarikat pembalakan dipuji, namun beliau harus juga memandang isu penderaan seksual yang dihadapi kaum Penan.

“Perlu ada resolusi ke atas penderaan seksual yang telah berlaku bertahun-tahun lalu dan pernah singgah di fikiran ramai.

Tambahnya lagi, masyarakat tersebut pernah mendapat perhatian apabila mereka menentang operasi pembalakan di kawasan kediaman mereka yang meliputi Baram, Limbang, Lawas dan Tutoh di Sarawak.

Jelas Akhbar, perjuangan kaum Penan telah bermula semenjak 1960-an lagi apabila kawasan-kawasan di pedalaman Sarawak diteroka untuk tujuan pembalakan komersil.

Pada tahun 2000, wakil penduduk Penan pernah membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) berkenaan isu rogol yang melibatkan kaum Penan.

Kes tersebut berlanjutan sehingga kini walaupun laporan direkodkan tentang salah laku pekerja pembalakan terhadap kaum tersebut.

Read more…

Grand Theft Auto 5 18SX Tidur Dengan Pelacur


Permainan Video Grand Theft Auto sememangnya satu permainan video yang ganas dan terkenal di Malaysia. Permainan video ini boleh dilihat kebanyakan di kedai-kedai komputer.

Jika sebelum ini, permainan video tersebut dilabel 18SG kerana keganasan seperti membunuh, versi terbaru permainan tersebut Grand Theft Auto 5, pula boleh dilabel 18SX kerana ia membolehkan pemain tidur dengan karakter pelacur di dalam permainan tersebut.

Seorang pengguna Youtube telah memuat naik satu video dari permainan video yang menunjukkan karakter pemain sedang ‘diservis’ oleh seorang karekter pelacur sebelum membelasah pelacur tersebut.


“Ini sudah melampau! Saya mempunyai seorang anak berusia 5 tahun, ini bukan perkara yang saya ingin dia lihat, tak bagus,” katanya seorang pengguna Youtube Aretusa.

Walau bagaimanapun, tidak ramai yang bersetuju dengan pendapat Aretusa kerana mereka berpendapat permainan tersebut sudah mempunyai label “18 tahun keatas” dan budak bawah umur tidak sepatutnya dibenarkan bermain permainan tersebut

Read more…

Wednesday, November 19, 2014

Bawa Kekasih Buat “Projek” Atas Katil


Kuala Lumpur: Luluh hati seorang isteri apabila melihat suaminya memadu asmara bersama ‘kekasih gelap’ di dalam bilik tidur di kediaman mereka di Chow Kit di sini. Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam kelmarin. Wanita berusia 30-an itu dikatakan baru pulang dari kerja sebelum terserempak adegan maksiat itu.

Sumber polis berkata, mangsa mulanya menyangka suami tiada di rumah kerana lampu kediaman tidak dibuka sebaik dia membuka pintu kediaman.

“Bagaimanapun sebaik masuk ke dalam bilik dan membuka suis lampu, wanita terbabit terkejut apabila melihat suaminya berlaku curang bersama seorang wanita tidak dikenali.

“Tindakan lelaki terbabit membawa kekasih ke dalam bilik tidur menyebabkan wanita terbabit berang sebelum memarahi suaminya selain menghalau mereka keluar.

“Pertengkaran mereka menjadi ganas apabila lelaki terbabit sebaliknya bertindak ganas menumbuk muka isterinya,” katanya

Read more…

Tuesday, November 18, 2014

Pelajar Lakukan Seks Dengan Biri-Biri Akibat Stress Exam




Seorang pelajar universiti yang dituduh mengadakan seks dengan biri-biri berkata, dia bertindak demikian kerana terlalu stres menghadapi peperiksaan.

Lelaki berusia 23 tahun itu ditangkap mengadakan seks oleh rakan pelajarnya di Universiti Fresno State selepas mendengar bunyi bising dari kandang haiwan berkenaan di kampus.

Pelajar yang namanya tidak didedahkan memberitahu polis, dia amat tertekan dengan peperiksaan yang bakal dihadapinya, menyebabkan dia minum terlalu banyak arak.

“Ia sungguk menjijikkan dan membuat saya marah. Kenapa perlu lepaskan geram pada haiwan semata-mata kamu tertekan dengan peperiksaan,” kata Marisa Burkdoll, antara pelajar yang menguruskan haiwan berkenaan di kampus itu.

“Pelajar itu bukan tertekan tetapi mungkin menghadapi masalah mental.

“Dia sasarkan haiwan yang tidak boleh mempertahankan diri mereka,” katanya sambil mendesak pihak berkuasa memenjarakan pelajar terbabit.

Biri-biri berkenaan ialah sebahagian daripada haiwan yang diternak di kampus itu untuk tujuan pembiakan dan ternakan. Ia kini dirawat oleh veterinar. – Agensi

Read more…

Monday, November 17, 2014

KISAH GADIS REMAJA TERLAMPAU! - "Abang angkat teman TIDUR mama pula sangat Sporting" (GAMBAR)


Heboh di media sosial yang konon nya Abang angkat nya menemani diri nya tidur atas kebenaran Mama nya yang " Sporting " .. Haii..dah besar-besar pun nak orang temankan tidur jugak ke ? Lelaki pulak tu.. manakala Mama nya adoii sporting lah sangat .. 

Entah la apa yang adik ni fikirkan. Kalau dilihat pada statusnya, dia mengaku yang lelaki tu abang angkat dia. Dah nama abang angkat, mana boleh tidur sekali dik.

Lepas tu, dia juga tulis "mama yang sporting". Kalau betul la mama adik tak kisah tentang perkara ini, elok la dua-dua ni pergi masjid, belajar agama balik ataupun kahwin terus.

Kalau ada saudara mara yang kenal adik ni, tolong la yer nasihat sikit. Nak suruh ibu bapa nasihatkan, 2x5 je.

Bagaimanapun inilah dia trend remaja kita sekarang. Entah dari mana asalnya timbul trend-trend yang tidak sihat seperti ini. trend adik angkat, abang angkat, dan kakak angkat sebenarnya sudah lama wujud dalam masyarat kita yang mana kalau dilihat sangatlah tidak relevan.

Ramai diantara remaja-remaja kita seakan-akan menggunakan perkataan tersebut untuk merasakan lebih mesra tanpa menghiraukan batas-batas pergaulan.

Jika kita perhatikan ia ibarat satu taktik untuk seorang individu tersebut untuk lebih mesra dengan lebih seorang selain dari kekasih mereka. Walhal pergaulan antara individu dengan pasangannya selagi belum sah kahwin adalah juga terbatas. Credit SiakapKel

Read more…

GOYANG PUNGGUNG SAMBIL BERZIKIR – AJARAN APAKAH INI?


Tidak dapat dipastikan sebenarnya mereka ini sedang berzikir atau sedang berhibur. Dengan lelaki beserban dan wanitanya pula bertudung sempurna pastinya Islam adalah agama mereka.

Wanita bertudung litup tetapi menari menonggeng mengoyang-goyangkan punggung memang amat memalukan dan menjatuhkan martabat dan maruah diri. Amalan ini terang-terang amat bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenarnya. Pakaian memang mengikut kehendak Islam, tetapi amalan lain dan akidah?.. Wa Allhu'alam.

Berhati-hati - Dunia akhir zaman, semakin banyak kesesatan dan fitnah. Minta petunjuk dan perlindungan daripadaNya, agar kita sentiasa berada di jalan yang benar..

Video ini juga tidak dapat dipastikan di Malaysia atau di negara-negara lain. Namun, umat Islam di Malaysia perlu berhati-hati dengan penyebaran amalan Syiah yang semakin menular sejak kebelakangan ini.

Read more…

Sunday, November 16, 2014

Lelaki Kantoi Curi Coli Penuntut Wanita UPSI

Sesetengah manusia mempunyai ‘sakit’ berkaitan kecenderungan seks yang melanggar fitrah manusia normal.
Apa yang ditakutkan, golongan ini mempunyai kecenderungan untuk membahayakan kaum yang lemah seperti golongan hawa dan kanak-kanak.
Contoh penyakit ‘pelik’ ini adalah kes yang berlaku di Taman Bahtera, Tanjung Malim baru-baru ini.
Penduduk setempat bersama Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI) berjaya menangkap seorang lelaki kerana disyaki mencuri pakaian dalam seorang penuntut wanita.
Penduduk setempat yang berang dengan perbuatan lelaki ini, malah bertindak menyarungkan coli yang dicurinya ke leher suspek.
Lumrah zaman media sosial sekarang, gambar suspek dengan coli terlilit di leher kemudiannya mula tersebar di internet.
Itu pun, ramai menyifatkan suspek dikira beruntung kerana tidak dibelasah dengan teruk sebagai mana dilakukan segelintir masyarakat setempat apabila ada penjenayah yang kantoi di kawasan mereka.
Entah apa yang ada di benak fikiran lelaki ini hingga sanggup mencuri pakaian dalam wanita agaknya?
Suspek yang dikatakan berasal dari Selangor dan bekerja di kilang pembuatan kenderaan di Tanjung Malim ini kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Read more…

Bung Mokhtar Sah Ceraikan Isteri Pertama & Zizie Ezette Kini Bergelar Datin

Amaran, ini adalah berita slowpoke — 144 jam punya perlahan untuk kami sampaikan kepada anda semua, kalau ada yang belum tahu.

Zizie Ezette nampaknya maju setapak lagi dalam hidup apabila secara sah bergelar Datin selepas Bung Mokhtar menceraikan isteri pertama.

Perkahwinan Bung Mokhtar bersama Nor Asidah Alimuddin berakhir di’katakan berpunca dari sang suami sendiri yang mungkir janji untuk tidak menghebahkan perkahwinan bersama Zizie Ezette.

Namun perkahwinan Bung Mokhtar & Zizie Ezette menjadi isu besar negara sekitar penghujung 2009 yang lalu dan Nor Asidah Alimuddin menganggap ini sebagai satu mungkir janji.

Kami jadi serba salah sama ada ingin ucapkan tahniah kepada Zizie Ezette atas gelaran datin ini — maklumlah, terbina atas keruntuhan masjid yang satu lagi. Apa pun, semoga berbahagia hendaknya

Read more…

Saturday, November 15, 2014

33 FOTO DAN VIDEO NGERI PERISTIWA KILOMETER 223.2 PLUS YANG BELUM PERNAH ANDA LIHAT

#Tergamam.. Ya Allah.. tempatkan roh umat Islam yang terbabit dalam kemalangan ini di tempat orang yang beriman. jauhilah kami dari segala seksa dan azab di dunia dan akhirat. aminnn..

Masyallah.. seram sejuk tengok gambar kemalangan di kilometer 223.2


Ada beberapa lagi keping gambar kemalangan maut di PLUS highway .Kalau lemah jantung/lemah semangat jangan tengok.

VIDEO CLICK DIBAWAH
































#moga roh umat Islam yang terlibat dicucuri rahmat Allah~

Read more…