Saturday, November 15, 2014

Pisau terpacak di kepala

MANGSA yang ditikam jirannya.

Makkah: Doktor di sini menyelamatkan seorang lelaki Asia yang ditikam di kepala oleh jirannya warga tempatan selepas mereka bertengkar mengenai tempat meletak kereta.

Doktor di Hospital Al Nour, Makkah, berkata, pisau berkenaan tertusuk sedalam 8 sentimeter di kepala lelaki berkenaan.

Dia bagaimanapun bernasib baik kerana pisau itu tidak mengena otak atau saluran darah utamanya.
Akhbar Tawasul melaporkan, polis menangkap lelaki Saudi berkenaan yang berusia sekitar 40-an.

Dia dilapor bertindak menikam jirannya yang dituduh sengaja meletakkan kereta di depan rumahnya.

0 comments:

Post a Comment