Permainan Video Grand Theft Auto sememangnya satu permainan video yang ganas dan terkenal di Malaysia. Permainan video ini boleh dilihat kebanyakan di kedai-kedai komputer.
Jika sebelum ini, permainan video tersebut dilabel 18SG kerana keganasan seperti membunuh, versi terbaru permainan tersebut Grand Theft Auto 5, pula boleh dilabel 18SX kerana ia membolehkan pemain tidur dengan karakter pelacur di dalam permainan tersebut.
Seorang pengguna Youtube telah memuat naik satu video dari permainan video yang menunjukkan karakter pemain sedang ‘diservis’ oleh seorang karekter pelacur sebelum membelasah pelacur tersebut.
“Ini sudah melampau! Saya mempunyai seorang anak berusia 5 tahun, ini bukan perkara yang saya ingin dia lihat, tak bagus,” katanya seorang pengguna Youtube Aretusa.
Walau bagaimanapun, tidak ramai yang bersetuju dengan pendapat Aretusa kerana mereka berpendapat permainan tersebut sudah mempunyai label “18 tahun keatas” dan budak bawah umur tidak sepatutnya dibenarkan bermain permainan tersebut
0 comments:
Post a Comment